Sunday, 11 November 2012

APA ITU RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN? ATAU RPT

Rancangan Pengajaran Tahunan atau disebut RPT merupakan satu komponen penting yang perlu disediakan oleh kita sebagai guru di sekolah bila tiba awal tahun. Ini merupakan sesuatu yang wajib sebagai persediaan kita untuk merancang pengajaran sepanjang tahun pengajaran semasa. Ianya perlu untuk mencapai kesemua objektif kurikulum dengan merangkumi kesemua topik pengajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tahun pengajaran. Maka bertungkus lumuslah kita semua menyediakan RPT tersebut. Ada yang merancang sendiri RPTnya dan tak kurang juga yang mengikut rancangan orang lain. Apa yang penting, kehendak pihak pentadbiran(jarang yang melihat ianya adalah kehendak sendiri) agar komponen itu ada, dapat disediakan apabila buku rekod mengajar kita dinilai diawal tahun ini. Bagi saya, apalah gunanya ada rancangan tersebut andai tidak mampu menurutinya sepanjang tahun nanti. Selalunya ini  bakal terjadi bilamana rancangan itu tidak dirancang sendiri oleh guru tersebut.

Nanti saya sambung lagi tentang RPT berserta contohnya sekali. Mintak diri dulu buat kali ini.

No comments:

Post a Comment