1. Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
Dapat
diperhatikan bahawa walaupun guru bersedia membuat perubahan dengan
mengintegrasikan teknologi maklumat tetapi ada juga yang tidak bersedia membuat
perubahan kerana yakin P&P konvensional lebih relevan dengan sistem
peperiksaan ini adalah keranan mereka lebih mementingkan pencapaian keputusan
peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika keputusan peperiksaan yang
diperolehi setiap tahun cukup baik dan cemerlang pada tanggapan guru mengapa
harus kita mengubah apa yang telah sedia baik untuk pelajar. Dengan sikap
sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.
2.Kerisauan untuk menghadapi perubahan
Selain
daripada sikap yang tidak menganggap ICT itu penting terdapat juga guru-guru
yang risau untuk mengguna peralatan ICT itu sendiri. Terdapat tiga jenis
kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu takut
sekiranya rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana mereka
merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap inferior yang
tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan guru yang tahu dan
mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer, dengan
perasaan risau sebegini adalah lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan.
3. Masa dan beban tugas guru
Mengintegrasikan
komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru dalam
membuat persediaan. Persediaan yang diperlukan termasuk dari aspek menyediakan
bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan.
Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan
waktu mengajar sebanyak 30 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat
persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal
komputer.
Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan
mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru jadual waktu, setiausaha
peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan,
aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka
panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan
yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai
contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan
yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam. Penghasilan bahan
pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama
kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut
berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya
membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri
(self access, self pace and self excel).
4. Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer
dalam P&P
Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina
persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan
Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik
dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran
tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan
pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan
P & P hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan
kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam P & P.
Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima
sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru
kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan.
Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan
grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.
Kesimpulan
Integrasi ICT dalam P & P merupakan perkara yang penting dan memerlukan
sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru,
pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima
perubahan dan fenomena ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,
pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah
menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai
satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adalah usaha daripada semua pihak, diharapkan cabaran dan
kekangan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat ditangani.
No comments:
Post a Comment